AURAT

June 19th, 2009 by little-tulipz
Aurat Wanita Dari Al-Quran Dan Hadis
www.iluvislam.com
khawarizmi
Editor:lailatulema

 

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian 
-”Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)

5. Gigi
-’Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)
-”Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-”Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).
-”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).
-”Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-”Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

-”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Mencari JODOH.

June 8th, 2009 by little-tulipz

Assalamualaikum w.rm; Sebagaimana yang kita tahu, di pucuk abad ke 21 ini amatlah sukar mencari calon jodoh yang beriman dan bertaqwa. Namun, demi sebuah perkahwinan yang dituntun oleh Rasulallah S.A.W terpaksalah digagahkan juga cuba-cuba merempuh ‘alam perkenalan’ yang memungkinkan sebuah ikatan atau tidak. Dalam percubaan ini, saya ada beberapa tips yang mungkin boleh kita semua kongsi bersama demi kemaslahatan umat Islam generasi muda.

 

           Mahu tahu apakah perkara penting buat seseorang individu? Cuba-cubalah intai, apakah yang sering dikiliknya ke hulu-ke hilir. Kebiasaannya buat seorang wanita, kebiasaannya di dalam tas tangannya akan mengandungi deretan alat solek, wangian, handphone, kunci rumah atau kereta dan dompet. Lihatlah, jika turut dibawanya buku doa’ ataupun tafsir Al-Quran sekali. Jika benar-benar agama itu penting buatnya, pasti akan dibawanya ke mana sahaja dia pergi. Penting untuk dibeleknya dalam keluangan. Sebagai makanan hati dan jiwa. Sepertimana pentingnya air kosong diteguk setiap 10 minit bagi mengaktifkan oksigen di otak. Wah, bijak pula bahagian itu…bagaimana pula makanan hati saudari ?

 

           Saat melangkah ke dalam kereta, intai-intailah samada di ‘save’kan radio IKIM.fm. Sebanyak-banyak 6 butang stesen radio tanahair, takkanlah kesemuanya berbentuk hiburan duniawi ? Jika “YA” lah jawapannya. Itulah kebenarannya jejaka/gadis di hadapan mata anda itu.

 

           Segagah-gagah kereta sang jejaka, takkanlah tiada sehelai sejadah dan kain pelekat yang terlipat rapi di seat belakangnya. Bagi kegunaannya solat di tengah jalan atau saat keluar bersama teman-teman ke Bandar. Adakah buku-buku agama terbaik yang boleh di tukar-tukar sebagai proses taaruf dan ingat mengingat diri sendiri dan pasangan?

 

           Cuba jujur sejenak dengan diri, andai ia penting…malah LEBIH PENTING daripada HANDSET & DOMPET. Ia akan dibawa kemana-mana, tanpa alasan ! Dibaca kala senggang.Selamat mencari jodoh! Perkahwinan bukalah mainan eksperimen… anda cuba dengan Ikhlas, InsyaAllah Allah S.W.T akan tolong.

 

~ Puan IliSally-Gurl.

What I always do ???

April 13th, 2008 by little-tulipz

PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.


 
 


KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.  


 
 
 


KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu


 


KEEMPAT .

Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.  


 
 
 


KELIMA.

Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.  


 


 


 
 


KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.


 
 


 


 


KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

 


 
 


KELAPAN.

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


 
 
 


KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.  


 
 


KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.  

 


 
 
 


KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
 


 
 


KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

 


 
 


KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang TIDAK anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
 


 
 


KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.


 
 
 


KELIMABELAS.

Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
 


 
 


KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
 


 
 
 


KETUJUHBELAS.


 


     Berpeganglah kepada tiga R:
1.         Rasa hormat pada diri sendiri;
2.         Rasa hormat kepada orang lain;
3.         Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

 


 
 


KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
 


 
 
 


KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


 
 


KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


 
 
 


KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Saya pandai MASAK, bagaimana pula awak…?

January 7th, 2008 by little-tulipz

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau
lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan
nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat
belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya
di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di
asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur
membantu ibunya. ”Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang
lelaki lagi dengan penuh semangat. ”Sedang belajarlah ni tetapi selain
sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar
memasak tetap tidak diutamakan!"

Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita
jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu
handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk 3 pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan !!!

Bolehkah
kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak
pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga
sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk
suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman
wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat
lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri
sebagai AGENDA UTAMA, selain keperluan memenuhi pelbagai selera
MAKANnya?????

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada
yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri ! Ada
juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi
imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana
masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai
ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa ‘queen control’. Kalau
tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa
salahnya lelaki!

Life

November 15th, 2007 by little-tulipz

Quotes

L-o-v-e

October 11th, 2007 by little-tulipz

People killing, people dying

Children hurting you hear them crying

Do you practice what you preach

Or would you turn the other cheek

Father, father, father help us

Send some guidance from above

These people got me questioning

Where is the love?

– Black Eyed Peas, Where Is The Love?

The fear of rejection may be one of the most common fears known to man. I’ve discovered that it hurts to love someone and not be loved in return. It is, however, even more painful to never find the courage to let the person know how you feel. Sadder still are those occasions when you meet someone who means a lot to you, only to find out that it was never meant to be.

Sometimes I wonder why we continue to subject ourselves to the test of love, knowing very well that we may end up getting caught in the exponential graph of hurt versus love. Are human beings suckers for pain? Or is it simply because it is impossible to live without love?

Someone once said that when the door of happiness closes, another one opens, but often we look so long at the closed door that we don’t see the one which has just been opened for us. I’d like to believe that God wants us to meet a few wrong people before meeting the right ones, so that when we finally meet the right people, we’d know how to appreciate and love them better.

So what exactly is love?

Popular culture often devalues, even debases the meaning of love. Pulp fiction doesn’t help, although good literature always sheds light on the deeper truths. MTV is not helpful in pointing the young in the direction of the true reality of love. Most films and popular televised stories are shallow in this respect; some are simply fraudulent and cynically deceptive when it comes to the meaning of love.

A young boy recently told me that his grandmother contracted arthritis and couldn’t bend over to paint her toenails anymore, so now his grandfather does that for her, even though his hands are arthritic too. Now that’s love.

I think; love is when someone hurts you but you don’t yell at them even though you feel so mad because you know it’ll hurt their feelings.

A quote from Joseph Addison said that love is a second life and that it grows into the soul, warms every vein, and beats in every pulse.

Love is patient and love is kind. It does not envy, it does not boast, it is not proud. It is not rude, it is not self-seeking, it is not easily angered, it keeps no record of wrongs. Love does not delight in evil but rejoices with the truth. It always protects, always trusts, always hopes, always perseveres. Love never fails.

I personally believe that love is unconditional and unfailing. In a relationship, love is when you take away the physical attributes, the passion, the romance and the excitement, and you find that you still genuinely care for that person.

So love is indeed “the daily stuff” although the sorrows associated with it are certainly not. I know, just like many other things, love can hurt too.

But most of the time, we do not realise what we have until we lose it, although it is also true that we don’t know what we’ve been missing out on until it arrives.

Love comes to those who still hope, although they’ve been disappointed, to those who still believe, although they’ve been betrayed, to those who still need to love, although they’ve been hurt before, and to those who have the courage and faith to build trust again.

The happiest of people don’t necessarily have the best of everything; they just make the most of everything that comes their way.

Happiness lies ahead for those who cry, those who hurt, those who have searched, and those who have tried – for only they can appreciate the importance of people who have touched their lives.

TRUTH HURTS…